Keputusan Mahkamah Agung 2009 Darurat Pakistan 2007

Pada 31 Julai 2009, Mahkamah Agung Pakistan mengisytiharkan keputusan bahawa langkah yang diambil bekas presiden Pervez Musharraf pada 3 November 2007 sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan di bawah Artikel 279 Perlembagaan.[2]

Pengumuman tersebut turut menyatakan bahawa keputusan pilihan raya Pakistan 2008 yang diadakan pada 18 Februari, akan diberikan perlindungan kehakiman dan Presiden Asif Ali Zardari tidak perlu mengangkat sumpah presiden sekali lagi. Bagaimanapun mahkamah mempunyai kesangsian mengenai bagaimana ordinan-ordinan termasuk Ordinan Pembangunan Semula Kebangsaan (NRO) yang kontroversi, dikendalikan oleh Mahkamah Agung sementara semasa waktu darurat. Bagaimanapun, kerajaan sekarang diberikan 120 hari untuk meluluskannya semula melalui parlimen.[3]

  1. Komanwel Gantung Keanggotaan Pakistan, Bernama
  2. "Court: Musharraf's 2007 rule unconstitutional". China daily. 2009-07-31. Dicapai 2009-07-31. 
  3. Iqbal, Nasir (2009-08-01). "Supreme Court strikes down Nov 3 emergency". Dawn. Dicapai 2009-08-01.